Pelakon Tasha Shilla menjelaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila masyarakat melabelnya sebagai simbol seks hanya kerana pemakaiannya yang mencolok mata.

Kata Shilla, dia tidak dapat menghalang cakap-cakap negatif tentang dirinya malah sudah terbiasa dengan situasi itu.

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu.

“Bukan semua orang sukakan saya… Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni.

“Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir,” katanya.

Dalam pada itu, Tasha mengakui dia masih berpenampilan seksi kerana ia adalah dirinya yang sebenar.

“Saya masih lagi berpakaian seksi… saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai.

“Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan ‘mood’,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.