Media China Bidas Cara Malaysia Selesai Masalah Pesawat Hilang

Media di China pada Isnin membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara mereka menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan. Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal MH370 adalah dari China dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara… Read More »

EKSKLUSIF: Sidang Media Khas Kehilangan Pesawat MAS MH370

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pada lewat petang Sabtu yang pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang petanda kehilangan pesawat MH370 yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal pagi tadi. Bercakap dalam sidang akhbar khas bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun… Read More »

Kronologi Penuh Pesawat MAS MH370 KL-Beijing Hilang

Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul… Read More »

Pesawat MAS Yang Hilang TERHEMPAS Di Laut China Selatan

Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News. Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut… Read More »

Pesawat Hilang: MAS Hubungi Ahli Keluarga Penumpang, Dedah Nama Krew

Pada masa ini Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal pagi hari ini. “Kami mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal selamat” – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di… Read More »