Jenazah Hussain Ahmad Najadi Selamat Dikebumi

Jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur semalam, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selasa malam. Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak. Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir… Read More »

Anak Tunggal Hussain Najadi Peroleh Harta RM1.8 juta

Anak tunggal kepada pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak pada Julai lalu berjaya memperoleh keseluruhan harta dalam negara milik bapanya bernilai RM1.8 juta. Ini berikutan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan faraid yang dikemukakan Pascal Ahmad Najadi, 46, setelah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan 8 Oktober lalu menerusi peguam syarie,… Read More »

Wajah Suspek Utama Kes Bunuh Hussain Najadi Didedah

Polis hari ini mendedahkan wajah suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai lalu. Polis bertindak demikian selepas tempoh seminggu yang diberikan kepada suspek supaya menyerah diri tamat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek berkenaan dikenali sebagai Lim Yuen Soo, 53, tahun yang beralamat di Cheras. “Siasatan awal… Read More »

(VIDEO) Rakaman Saat Kematian Hussain Najadi Selepas Ditembak

Sebuah video yang diambil beberapa minit selepas Hussain Ahmad Najadi ditembak telah dimuat-naik di laman sosial Facebook. Hussain, 75, yang merupakan pengasas Arab-Malaysian Bank mati selepas ditembak di kawasan parking berdekatan tokong Cina di Lorong Ceylon jam 2 petang Isnin lalu. Video selama 30 saat itu menunjukkan Hussain yang sudah tidak bernyawa terbaring dalam keadaaan berdarah. Seorang wanita… Read More »

Pembunuhan Hussain Ahmad Ada Kaitan Dengan Wang RM300 Ribu?

Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur. Menurut sumber, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan. “Pertemuan… Read More »