Sekarang ni macam-macam scam orang buat semata-mata nak dapatkan untung dengan cara menipu orang. Tapi satu penipuan ni memang melampau dan tak masuk akal langsung.

Seorang lelaki di Zheijiang membeli sebatang kayu dengan harga 200 RMB (RM129) kemudian jual semula dengan harga yang tak masuk akal iaitu 1.68 juta RMB (RM1.09 juta) tiga tahun kemudian.

Lelaki bernama Lin kononnya mendakwa kayu tersebut sangat ‘rare’ dan daripada species Phoebe Zhenna.

Pokok Phoebe Zhenna diwartakan sebagai spesis yang dilindungi kerajaan di sana.

Jadi, Lin mengatakan kayu pokok tersebut digunakan untuk membina Forbidden City.

Bagi merealisasikan penipuannya, Lin membuat satu sijil pengesahan palsu untuk kayu tersebut yang mana telah memperbodohkan pembeli batang kayu terbabit. Padahal kayu tersebut langsung tak mempunyai nilai.

LEAVE A REPLY