Seorang nenek yang dilitupi ratusan tumor hidup tertekan, dipulaukan penduduk kampung malah dia digelar ‘wanita kentang’.

Hosineara Begum dilahirkan dengan benjolan seakan jerawat pada bibir atas dan beberapa lebam kecil, namun selepas melakukan pembedahan membuangnya, benjolan itu merebak ke seluruh badanya dan ada antaranya sebesar bola tenis.

Wajahnya kini dilitupi ratusan tumor yang menyebabkan dia menjadi orang buangan di kampungnya di Bangladesh.

Keadaannya itu menyebabkan dia sukar bercakap, makan atau memakai pakaian dengan sempurna.

Kecewa dengan keadaanya itu, Hosineara berkata, satu-satunya cara untuk bebas dari kesakitan ini adalah kematian.

“Tumor ini sangat menyakitkan. Saya menggaru sepanjang hari walaupun kadang-kadang ia akan berdarah.

“Tiada siapa yang mahu bercakap atau bertemu dengan saya. Mereka akan mengelak jika terserempak dengan saya.

“Kanak-kanak sangat takut malah cucu saya juga akan menagis apabila melihat saya. Saya hidup seperti orang buangan,” katanya dipetik Metro.uk

Tambah wanita itu lagi, dia juga mengalami kesukaran untuk berjalan susulan tumor yang meliputi kepala, tangan, jari, perut dan seluruh badannya.

Wanita yang berasal dari Narayanganj itu berkata, ketika berkahwin pada usia 16 tahun, saya hanya mempunyai beberapa lebam kecil pada muka dan lehernya.

Namun keadaanya semakin teruk dan suaminya Arzu Mian mengalami kemurungan dan meninggal dunia.

Hosineara turut mendapatkan rawatan di beberapa pusat kesihatan sebelum ini, namun ia tidak mampu menyembuhkannya.

Ekoran kekurangan wang, dia tidak mendapat rawatan selama bertahun-tahun.

“Kini saya tidak meletakkan sebarang harapan. Saya hidup dalam sengsara dan apa yang di ingini adalah bebas darik kesakitan ini. Hanya tuhan yang dapat membantu,” ujarnya.

LEAVE A REPLY