Cinta yang bersandarkan kepada paras rupa sahaja memang tak akan ke mana. Tetapi cinta yang memandang kepada ketulusan hati dan personaliti pasti akan kekal.

Buat pasangan dari Thailand yang dikenali sebagai Cherry dan Ball ni buka mata ramai orang bahawa saiz badan dan paras rupa bukanlah segalanya. Badan Ball atau Puwadol Kumthai adalah 120kg manakala Chery atau Siripa Boonraksol seberat 44kg.

Melihatkan perbezaan ketara tersebut pastinya banyak buah mulut orang yang memperkatakan mengenai mereka.

“Saya tahu dia tidak kacak tapi saya selalu bangga bila keluar dengannya. Dia mempunyai hati yang baik dan itu yang paling penting.

“Dia sangat penyayang dan memahami – seperti contoh, dia tidak suka wanita berambut pendek tetapi apabila dia melihat saya berambut pendek, dia kata saya comel!.

“Kami kongsi semuanya, kebahagian dan kesedihan… dan itu perkara utama!.

“Ramai orang yang melihat kami memanggil Ball gemuk, tetapi kami tidak ambil kisah kerana saya jatuh cinta dengan seorang lelaki bukan kerana rupa parasnya”

“Kami bercadang untuk berkeluarga tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk melihat Ball menjadi seorang ayah.” ujar Cherry yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Thailand.

LEAVE A REPLY