Seorang lelaki yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Lelaki yang dikenali sebagai Faiz Ziedainie melalui laman Facebook menyifatkan kenyataan berbaur ugutan itu sebagai satu kesilapan.

“Saya memohon maaf atas kesilapan post gambar ugutan saya. Terima kasih,” tulisnya sebentar tadi.

Faiz melalui akaun Facebook sebelum ini memuatnaik gambar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sambil menegaskan dirinya telah mendapat upah untuk melakukan tindakan tersebut.

“Saya ke sini kerana diupah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan. Huhu,” ujarnya memetik kenyataan tersebut yang turut dikongsi sebanyak 52 kali.

Tinjauan mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam kenyataannya itu sambil menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

“Orang pun marah juga, tapi berhemah lah beb….ikut prosuder aku rasa ko mesti kena kutip dulu juga beb….sekarang SKMM dah ada akta….jgn ambil mudah je….sosial2 juga…tapi jgn buat sosial tu mcm sial lah…kan,” ujar Zakaria Moeinuddin Moeinuddin.

“Kalau bab bunuh2 ni bukan kira melawak bro. Walaupun bergurau ada batas gak,” tulis Mohd Najib Harun pula.

“Nak jadi hero sgt kan..alang2 seluk anal bro,” kata Nurul Corina.

LEAVE A REPLY