gambar sharifah sakinah seksiSeringkali terpalit dengan kontroversi ketika di awal kemunculannya sehinggalah kini, pelakon Sharifah Sakinah mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana percaya setiap perkara yang datang akan berlalu begitu saja.

Peminat Sakinah mengetahui bahawa dia sememangnya tampil semulajadi dan tidak bermuka muka di laman sosial. Malah tindakannya kadang kala berpakaian seksi turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan segelintir masyarakat.

“Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti seharian yang ingin saya kongsi bersama peminat”

“Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif. Terserah kepada umum untuk menilai”

“Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontroversi yang datang akan berlaku begitu sahaja,” katanya kepada ruangan BiPop Berita Harian.

LEAVE A REPLY