Selain kerana menanggung penyakit mis­tik, penyanyi rock Awie mem­beritahu sebab utama per­nikahan ketiganya berlangsung negara Thailand adalah kerana dia mahu berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang­nya sendiri.

Menurut Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, 48, hasil pengkajian selama em­pat tahun, dia mendapati dirinya adalah berasal daripada keturunan Raja Sulaiman, salah seorang raja di Thailand yang bertanggungjawab membuka wi­­­layah Songkla suatu ketika dahulu.

“Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sen­diri, saya dapati saya sebenar­nya adalah keturunan Raja Su­laiman yang berasal dari lo­kasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini sa­ya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri,” katanya kepada media keti­ka ditemui dalam majlis program Tiga Juara, di sini hari ini.

Selain itu, Awie juga turut mempertahankan tindakannya berkahwin di Thailand dengan menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan besar

Malah, majlis pernikahannya turut diraikan dengan perarak­an bermotor yang disertai oleh lebih 100 peserta.

“Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand me­mandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.

“Adalah hak saya untuk ber­kahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat,” katanya lagi menjawab komen negatif banyak pihak mengenali pilihannya berkahwin di luar negara buat kesekian kalinya.

Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin baharu itu.

Menurut Awie, dia akan men­daftar perkahwinan terbaharu­nya dalam waktu terdekat, selain bersedia membayar sebarang den­da yang bakal dikenakan terhadap dirinya oleh pihak mah­kamah nanti kerana bernikah di luar negara.

LEAVE A REPLY