Usianya baru 10 tahun tetapi sudah mengenal erti kepayahan hidup apabila sanggup menemani ibunya menjual kuih pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, di sini, bagi menyara keluarga.

Kelibat kanak-kanak itu bersama ibunya, Rita Asri, 38, boleh dilihat di stesen berkenaan dengan membawa dua bakul berisi kuih kira-kira jam 6 petang setiap hari.

Mereka menaiki pengangkutan awam itu dari bilik sewa di Keramat ke stesen berkenaan yang menjadi tempatnya mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Muhamad Irham Mohd Fadzil berkata, dia membantu menjual kuih berkenaan kerana kasihan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan.

Dua beranak ini juga telah berjaya dijejaki oleh pihak Baitulmal, hasil semakan Puan Rita merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Baitulmal lagi, mereka dikatakan tinggal menyewa sebuah bilik bersama empat orang anak yang lain di Lorong Keramat 3, Kg, Datuk Keramat.

“Beliau telah ditinggalkan suami sejak 2015 dan hanya berharap hasil jualan untuk menampung perbelanjaan harian mereka anak beranak.”

“Pihak Baitulmal akan membantu sebaiknya untuk meringankan beban kewangan beliau dan anak-anak,” jelas mereka lagi.

LEAVE A REPLY