Walaupun usia sudah mencecah 34 tahun, Fazura masih belum bersedia untuk berumah tangga dan menjalankan komitmen sebagai seorang isteri.

Malah berkahwin bukanlah keutamaan beliau pada masa ini kerana perjalanan kariernya yang masih banyak belum dicapai biarpun ramai diantara rakan-rakan selebriti beliau sudah pun mempunyai anak.

“Kalau soal kahwin jujurnya saya masih belum bersedia ke arah itu kerana selain sibuk dengan pelbagai tugas saya juga ingin mencapai dahulu cita-cita saya. Banyak sebenarnya yang belum saya dapat dalam karier dan fokus saya kini memang kepada kerjaya sahaja”

“Saya memang tiada teman lelaki dan tidak ada pula yang cuba mendekati tetapi saya okay sahaja kerana saya sendiri pun kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. Selalunya selepas habis kerja atau penggambaran saya terus balik ke rumah untuk berehat dan hendak jumpa kawan-kawan pun tidak sempat,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini sebuah video seorang DJ warganenara Amerika Syarikat mengaku Fazura merupakan teman wanitanya mula tersebar di laman sosial, menyebabkan ramai yang tertanya mengenai status beliau.

Bagaimana pun, semalam Fazura tampil menafikan dakwaan itu.

LEAVE A REPLY