JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, petang tadi beramah mesra bersama rakyat jelata dan menanggung setiap pembelian pelanggan di sebuah pasar raya di sini.

Perkara itu turut menjadi viral di laman sosial sejak petang tadi.

Ada kenyataan mendakwa Tunku Ismail membelanja setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan bernilai RM1 juta.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli mereka di pusat beli belah berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Tunku Ismail ke pusat beli-belah itu dan Baginda secara spontan beramah mesra bersama rakyat jelata yang membeli keperluan asas sebelum mengatakan semua perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya hari ini oleh Baginda.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.

“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.