Umumnya, Nutella digunakan sebagai pelengkap roti untuk sarapan pagi. Namun, bagi Kate Middleton, beliau menggunakan Nutella dengan cara berbeza.

Deborah Mitchell, seorang pakar penjagaan kulit yang pernah bekerjasama dengan Kate memberitahu, beliau menjadikan Nutella sebagai rawatan kecantikan kulitnya.

Pakar kecantikan sebelum ini pernah mendedahkan, campuran Nutella bersama gula, sangat baik digunakan sebagai topeng muka.

Menurut pakar lagi, topeng muka Nutella sangat baik untuk mengelak kulit kering dan menghaluskan kulit wajah.

Dalam masa yang sama, campuran gula dan nutella dapat menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan wajah lebih lembut.

LEAVE A REPLY