‘Doktor pernah beritahu saya akan hilang ingatan… Mungkin gila atau tidak kenal sesiapa.’

Andaian itu cukup membimbangkan penyanyi Suci Dalam Debu, Saleem, 58, apabila diberitahu doktor, kesihatan dirinya kian merosot.

Mengaku hidupnya diuji sejak beberapa tahun lalu, Saleem bagaimanapun bangkit atas semangat dan dorongan keluarga.

“Alhamdulillah… Syukur atas rahmat Allah yang memberi kekuatan dan kesihatan yang beransur pulih. Saya diuji bertalu-talu… Doktor kata saya akan hilang ingatan.

“Namun, saya bersyukur kerana masih tahu nama, nombor telefon dan lagu-lagu. Memang takut tapi kalau tak diduga begitu, kita tak tahu sekuat mana diri kita,” katanya.

Saleem atau nama sebenarnya, A M Salim Abdul Majeed berkata, Allah ‘menjentik’ dirinya supaya tidak leka dengan kehidupan.

“Tuhan masih bagi peluang untuk saya menjadi insan lebih baik. Syukur keluarga terutama isteri dan peminat sentiasa berdoa serta memberi sokongan padu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.