KERAJAAN Persekutuan bersetuju beri wang royalti minyak secara terus kepada negeri yang berkaitan termasuk yang dikuasai pembangkang.

Menteri Besar Terengganu, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun kadar peratus bayaran royalti minyak itu akan ditentukan dan dimaklum kerajaan Pusat kemudian.

Advertisement

“Sebelum ini wang berkenaan diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan contohnya.

“Tetapi kali ini akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira negeri itu ditadbir parti mana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, hari ini.

Isu penyaluran royalti minyak terus menjadi perhatian ramai apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.

Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, kadar royalti yang akan dibayar sekurang-kurangnya lima peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.