Sesungguhnya doa orang teraniaya itu makbul. Setelah bertahun-tahun menyimpan rahsia dan memendam rasa perit lagi menyakitkan, akhirnya kesabaran itu terbalas dengan sebuah kemenangan.

Itulah nasib menimpa Dato’ Fazley Yaakob sekeluarga bersama isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad yang merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Tidak sanggup memendam lagi kebenaran, Azrene mendedahkan kegiatan Rosmah yang selama ini menggunakan bomoh, ilmu hitam dan sebagainya untuk mengekalkan tampuk kuasa supaya matlamat hidupnya tercapai.

Hari ini berakhirlah satu era pemerintahan kuku besi seperti doa ramai orang. Sewaktu membesar, saya pandang tinggi dua individu ini, sayang dan hormat pada mereka. Pernah satu ketika saya sanggup berjalan merentas lautan api untuk mereka. Tapi makin saya dewasa, saya lihat sendiri sikap pentingkan diri sendiri dan ketamakan mereka, lebih dari segalanya.

Saya alami sendiri penderaan emosi, fizikal dan mental di tangan individu sebelah kiri gambar. Saya tengok dengan mata kepala sendiri penderaan serupa yang dia lakukan pada individu belah kanan. Saya saksikan sendiri pencerobohan, persetujuan dan perjanjian yang mereka berdua lakukan untuk mendapatkan kuasa dan menyemarakkan ketamakan mereka.

Saya saksikan sendiri perjanjian-perjanjian rahsia yang dibuat oleh individu sebelah kanan. Wang dalam beg briefcase bertukar tangan, dibelanjakan macam air, bukan untuk kebajikan rakyat tapi untuk membeli barang kemas, merasuah pegawai, atau digunakan supaya mendapat lebih banyak kuasa.

Ada banyak sebab bomoh, tukang sihir dan doktor estetik keluar masuk rumah saya, tapi selalunya berperanan untuk mempengaruhi dan menguasai rakan taulan dan ahli keluarga, atau mendatangkan mudarat pada individu yang berani menentang mereka. Banyak wang dikeluarkan ke akaun bank luar negara mereka untuk perbelanjaan peribadi. Peti besi penuh diisi barang kemas, batu permata dan wang tunai.

Tak seronok pun bila saya dijadikan seperti keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kristal masuk dan keluar negara. Banyak kali saya cuba dijual untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, atau individu berkedudukan tinggi supaya mereka boleh mendapat faedah politik dan sosial.

Ketamakan dan sikap tinggi diri mereka semakin menebal dengan setiap langkah mereka mendekati kedudukan teratas. Tak ada apa yang dapat menghentikan pemerintahan kejam mereka waktu itu, tapi saya terus berada di sisi mereka kerana kesetiaan dan tugas saya. Namun apabila kekejaman itu kemudian difokuskan kepada saya, dan saya tak dapat nak bertahan lagi, saya bawa diri. Dan di situ permulaan saya dipulaukan dari keluarga malang ini.

Apabila saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya setelah putus asa meyakinkan mereka untuk lepaskan saya, unit keluarga saya yang baru pula diganggu dengan layanan kejam dan menjatuhkan maruah oleh Rosmah Mansor dan mereka yang bekerjasama dengannya.

Tak ada siapa peduli apabila dia menggunakan pelbagai penjawat awam, jentera, pihak media dan ahli parlimen untuk mengganggu keluarga saya. Terlalu banyak cara kreatif lain yang digunakannya untuk menakut-nakutkan kami dan menutup semua peluang untuk kami cari makan bagi membesarkan anak-anak kami.

Semasa semua ini berlaku, beberapa kali saya cuba untuk meminta bantuan dari Perdana Menteri kita, tetapi tidak diendahkan. Malah, dia sendiri melenyapkan jejak yang ditinggalkan isterinya. Hanya dia seorang boleh membantu, tetapi dia enggan, dia tutup mata dan telinganya.

Dia terlalu takut pada pasangannya untuk membantu saya mahupun mempertahankan hak orang ramai apabila dia sedar sesuatu yang buruk telah menyelinap masuk ke dalam 1MDB. Sebaliknya, keluarga ini telah melakukan perbuatan menjijikkan dan pengkhianatan dengan melarikan wang orang ramai yang berjumlah berbilion dolar yang digunakan bukan saja untuk kepentingan peribadi malah untuk merasuah, melakukan ugutan, menyenyapkan, mencacatkan malah membunuh.

Hari saya tinggalkan rumah, saya telah memberi amaran, bahawa mereka hanya berkuasa kerana mereka diberi kepercayaan oleh orang ramai. Mereka berada di situ untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan sebaliknya. Akan tiba suatu masa, orang ramai akan menghukum mereka berdua kerana penyelewengan yang dilakukan. Akan tiba masa Tuhan menghukum mereka kerana pengkhianatan yang dilakukan setelah bersumpah untuk melindungi orang ramai.

Hari ini, pesanan saya untuk anda berdua, untuk adik beradik saya yang bersekongkol dalam perbuatan ini, serta mereka yang bekerjasama dan berkonspirasi mengkhianati rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan kemewahan ialah, anda dapat apa yang anda usahakan, tak berlebih dan berkurang.

Tuhan telah mengabulkan doa rakyat. Tuhan telah mengabulkan doa saya dan keluarga. Anda telah diketepikan.

Sebagai saudara yang ada pertalian darah dengan keluarga ini, saya berdoa supaya anda menggunakan pengalaman dan masa yang ada untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Semoga Dia mengasihani jiwa anda yang kelam. Hanya Dia punya kuasa untuk memaafkan anda semua.”

Dalam pada itu, Fazley pula rasa bersyukur kerana perjuangan arwah bapanya, Datuk Hj Yaakob Mohammad bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuahkan hasil demi menyelamatkan negara tercinta.

Namun, arwah bapanya telah ‘pergi’ dahulu sebelum sempat menyaksikan kejayaan itu. Dan, sehingga hari ini masalah kesihatan dialami oleh bapanya masih menjadi misteri. 

Pemergiannya itu sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana bapanya tidak pernah menghidap sebarang penyakit. Begitu misteri ‘sakit’ yang dialaminya sehingga meninggal dunia.

Syukur Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini . Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun . Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan” . Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik . Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan . Nak tahu kenapa? . BERSAMBUNG DI GAMBAR KEDUA DI ATAS 👆👆👆 @chedetofficial

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Selepas berkahwin, barulah dia mengetahui kekejaman dilakukan ibu kepada isterinya sendiri iaitu Rosmah. Segala daya upayanya mencuba menutup pintu rezeki anaknya sendiri dan merosakkan reputasi dibina oleh arwah bapa Fazley.

Berat sungguh penindasan kepada keluarga Fazley dengan pelbagai hinaan diterima. Dia sangat bersyukur kerana isterinya seorang yang sangat tabah menghadapi tentangan ibunya sendiri tanpa sebab munasabah.

(Seen in the picture: The famous handshake that all of those she despises has encountered. Looks like I wasn’t spared.) . She was the one who introduced me to her daughter and matchmade us together, but when things got serious and i asked for her daughter’s hand in marriage she said no. Then she asked her witch doctors if we were good for each other. Her witch doctor said, “The boy is good for the girl and vice versa, but your power won’t work on them, his family has too many religious members of the family. For every son she has as a result of this union, your power will decrease” Guess what? All hell broke lose right after! Here is my wifes side of her story, about her own mom whom she still love so dearly. Sadly, its only one sided:. . Today marks the end of an era of tyranny that many have prayed for. I grew up looking up to these two individuals, loving them, respecting them. There was a time when i would have walked through the fires of hell and back for them. As i grew older, i saw the selfishness and greed of one above all else. I experienced firsthand emotional, physical and mental abuse at the hands of the one on the left. I witnessed firsthand the same abuse she caused onto the one on the right. . I witnessed many trespasses, deals and handshakes these two made for the benefit of power and to fuel their appetite for greed. The amount of money in briefcases exchanging hands and being spent like water not for the benefit of the rakyat but to be spent like water on jewels, bribery of officials and used in the pursuit of gaining more power. Shamans, witch doctors, aesthetic doctors and the like walking the pathways of my home for one reason or another but mostly to bring to heel and gain dominion over their peers and over their family members, even to cause harm on those who were audacious enough to cross them. The numerous offshore accounts opened to launder money out of the country for their personal spending . 👆👆👆 SWIPE LEFT FOR MORE

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Azrene pula mendedahkan segala ketamakan ibunya dan penyelewengan wang 1MDB. Duit rakyat juga sewenang-wenangnya digunakan untuk tujuan peribadi, memeras ugut, rasuah dan membunuh.

Tuhan telah menjawab doa mereka dengan ganjaran yang lebih besar. Memang berat sungguh dugaan diterima selama ini yang tidak pernah kita ketahui. Moga Fazley dan keluarga boleh membantu Dr Mahathir dan pihak polis untuk membuka kes dan menjalankan siasatan ke atas perbuatan jenayah dilakukan Rosmah dan suami, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, pembongkaran Azrene menerusi laman Instagramnya telah dipadam. Mungkin ada manusia yang dengki, membuat laporan untuk membuang kapsyen tersebut. 

Semoga Rosmah menerima balasan setimpal di atas perbuatannya. Kini, rakyat semakin matang dan tidak membuta tuli menyokong pemerintah yang kejam. – CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here