Pemilik Kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich tiba di Israel Isnin lalu setelah berjaya menukar kerakyatan kepada negara tersebut.

Menurut maklumat daripada media antarabangsa, Ambramovich menghadapi masalah untuk mendapat visa memasuki United Kingdom kerana pihak imigresen United Kingdom telah mengetatkan syarat pemberian visa kepada orang Rusia selepas percubaan bunuh terhadap double agent Russia, Sergei Skripal di Salisbury Mac lalu.

Advertisement

Mengikut Undang-undang Israel, setiap orang Yahudi, atau anak atau cucu orang Yahudi mempunyai hak untuk menjadi warganegara Israel. Dengan pemerolehan pasport itu, Abramovich boleh kembali ke United Kingdom dan tinggal selama enam bulan tanpa visa.

Sebagai rakyat baharu Israel, Abramovich akan dikecualikan daripada membayar cukai hasil perniagaannya di luar Israel selama 10 tahun.

Selain itu, beliau juga diiktiraf sebagai orang paling kaya di Israel dengan nilai harta sebanyak $11.5 billion (RM45.8 billion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.