SEORANG usahawan kosmetik, Riz Ulala tampil memohon maaf hari ini selepas videonya yang mendedahkan payudara viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Riz Ulala, 23, berkata, dia tidak menyangka video yang dirakam oleh salah seorang rakannya itu tersebar sehingga mencetuskan kecaman netizen.

Baca: Tak malu ke ‘belanja’ payudara?

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali diri Lala ini. Lala ingin memohon maaf atas video yang sedang menular di laman sosial sekarang ini berkenaan perihal diri Lala.

“Lala akui ianya berpunca daripada kecuaian kawan Lala secara spontan dan tidak dirancang langsung, apatah lagi tindakan ini secara tidak langsung telah membuka aib diri Lala sendiri,” katanya menurusi kemaskini status di Instagram miliknya.

Lala yang juga seorang pondan berharap semua pihak berhenti menyebarkan video memalukan itu lagi dan merayu agar isu itu tidak diperbesarkan.

“Lala berjanji akan lebih berhati-hati dalam segala apa yang Lala atau kawan-kawan Lala kongsikan selepas ini berkaitan diri Lala.

“Lala harap perkara tidak dirancang ini tidak mengganggu periuk nasi Lala,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.