Bukan saja kejayaan beliau memenangi pingat emas dalam kategori 4x100m gaya bebas (freestyle) pada acara renang Sukan Olimpik Rio 2016 yang berlangsung Ahad lalu menjadi tumpuan malah penampilan personaliti sukan berusia 31 tahun ini pada temasya berprestij itu turut menjadi bualan hangat peminat sukan seluruh dunia.

Apa yang menjadi tarikan kerana badan atlet berasal dari Amerika Syarikat (USA) ini dilihat mempunyai beberapa tompok bulat berwarna ungu terutama di bahagian bahu kanan dan bahagian belakangnya.

Dan sebagaimana yang sudah kita jangka, ia adalah bekas rawatan bekam, yang sudah menjadi amalam masyarakat kita di sini.

Mungkin bagi kita ia benda yang biasa sahaja, tapi bagi orang luar negara terutamanya orang barat, ia merupakan sesuatu yang baru.

Cerita tentang parut-parut merah itu mendapat perhatian di beberapa portal antarabangsa, termasuklah Business Insider, BBC, CNN, Independent, inquisitr dan pelbagai lagi.

Di portal Business Insider sahaja, artikel mengenai bekam itu dibaca lebih 400,000 kali dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.

Kini, sudah terbukti rawatan tradisional bekam tersangat mujarab sehingga diguna pakai oleh atlet-atlet sebelum beraksi dalam sesebuah kejohanan.

Kepada yang mahu membuka rawatan bekam, terutamanya di luar negara, ini mungkin masa terbaik kerana satu dunia sudah mengenalinya dan anda tidak perlu melaburkan wang untuk membuat ‘marketing’. Terima kasih kepda Micheal Phelps.

LEAVE A REPLY