Siapa yang tak kenal dengan Instafamous, King Coco yang sering mencetuskan kontroversi.

Ramai yang mengkritik cara percakapan Coco kerana ia seperti dibuat-buat. Namun Coco menegaskan bahawa ia adalah identiti dirinya dan telah biasa bercakap seperti itu sejak dulu lagi.

“Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut mempengaruhi gaya percakapan kami.”

Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata, kritikan dari netizen tentang video viralnya itu sekaligus membuka pintu rezeki buat dirinya dan keluarga.

“Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang. Ditambah hobi saya yang suka merakam video.”

Tambah Coco, dia kini mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dengan melakukan paid review.

“Bermula dengan suka-suka, Alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Dalam bidang ini, banyak cabaran dari klien. Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasilnya tak mendapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional,”ujar Coco kepada Majalah Nona.

LEAVE A REPLY