Sebuah restoran Cina di Itali dituduh menghidangkan kaki manusia sebagai lauk selepas gambar diambil seorang pelayannya tersebar di media sosial.

Gambar yang diambil di dapur restoran di Padua, utara Itali, itu menunjukkan apa yang nampak tidak ubah seperti kaki manusia yang dileraikan dari badannya.

Kaki berkenaan nampak mereput dan disimpan di dalam mangkuk berwarna biru.

Perkara itu terbongkar selepas seorang pelanggan dari Slovenia meminta hidangan kaki beruang, iaitu sesuatu dianggap makanan istimewa di China.

Seorang pelayan yang tidak dinamakan mengambil gambar yang dimuat naik ke Internet dengan mendakwa ia sebenarnya kaki manusia tetapi dihidangkan sebagai milik beruang.

Menu kaki beruang di menu restoran terbabit.

LEAVE A REPLY