Seorang remaja lelaki bawah umur antara lapan ditahan polis ketika sedang leka berpesta di sebuah ‘disko haram’ di Pulau Perhentian awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan berkata remaja berusia 17 tahun itu ditahan bersama-sama enam lelaki berusia 20-an dan seorang wanita 19 tahun dalam Op Bersepadu Pulau Perhentian.
Turut ditahan seorang wanita berumur 45 tahun yang merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, katanya ketika dihubungi di Besut, hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan dan dua bungkus cecair disyaki air ketum di ‘disko haram” itu.
– Bernama