Sejak bulan lepas, ratu rock Ella sering memuat naik foto beliau mengenakan tudung di akaun Instagram miliknya. Ramai yang tertanya adakah beliau sudah menutup aurat sepenuhnya dan ada juga yang mendoakan agar Ella benar-benar sudah berhijrah.

Tidak mahu peminat terus berteka-teki, Ella mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya sejak bulan Ramadhan lalu.

Ella akui beliau merasa cukup tenang dengan penghijrahannya itu.

Saya mula bertudung sejak Ramadan lalu. Alhamdulillah, saya juga berasa lebih tenang kini. Malah, suami (Azhar Husaini Ghazali) juga gembira dengan perubahan ini.

Pada masa yang sama, Ella sempat meluahkan rasa syukur apabila keputusannya untuk berhijab mendapat sokongan dan komen positif daripada orang ramai. Ella juga memberitahu beliau akan cuba memperbaiki dirinya secara perlahan-lahan dalam menjadi seorang yang lebih baik.

Ramai peminat dan pengikut di Instagram memuji saya. Apa pun, saya masih Ella yang dulu. Bagaimanapun sebagai manusia biasa, saya cuba memperbaiki apa yang kurang.

Alhamdullillah, seorang lagi selebriti wanita yang sudah dibuka pintu hatinya untuk menutup aurat. Doakan perubahan Ella ini kekal sehingga akhir hayat.

LEAVE A REPLY