Seorang ibu tunggal terkejut apabila ‘menemukan’ rangka manusia yang ditimbus ketika sedang memungut getah yang ditorehnya di Kampung Lepan Rambai, Pasir Puteh hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, Che Mah Che Mud, 60, mengesyaki sesuatu apabila melihat seekor anjing sedang mengais timbunan tanah.

Katanya, ketika menghampiri kawasan tersebut, dia melihat gigi dan tulang rahang manusia serta sehelai baju T berjalur putih biru.

“Saya berasa takut dan segera menyuruh anak saya menghubungi penghulu.

“Saya menoreh di sini sejak beberapa hari lalu tetapi tak ada bau busuk pun,” katanya.

LEAVE A REPLY