rafiziMohd Rafizi Ramli hari ini disahkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.

Berita itu disampaikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Umum Wan Azizah lagi, posisi Mohd Rafizi itu akan diganti oleh penyandang terdahulu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Mohd Rafizi telah diberikan hukuman atas kesalahannya yang mendedahkan dokumen sulit di bawah akta rahsia rasmi negara.

“Maka beliau dengan penuh tanggungjawab telah melepaskan jawatannya. Ini didorong oleh sistem perundangan yang pincang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Wan Azizah yang ditemani Mohd Rafizi dan Saifuddin hari ini berkata, Saifuddin akan menjalankan tanggungjawabnya bermula esok.

LEAVE A REPLY