Baru-baru ini kecoh apabila pasangan bercinta, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim dikatakan telah berpisah. Walaupun masih tidak diketahui puncanya, namun dakwaan itu telah disahkan oleh Wak sendiri.

Bagaimanapun menerusi portal Astro Gempak, Azrinaz dilihat tampil dengan imej bertudung selepas hubungan cintanya bersama kekasih hati terputus di tengah jalan.

Menerusi ruangan Miss K di portal itu, Azrinaz kelihatan begitu ayu sekali berhijab ketika menghadiri sebuah majlis ulangtahun kelahiran rakannya di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur.

Malah sewaktu di majlis tersebut juga, penampilan Azrinaz dilihat begitu berbeza sekali berbanding sebelum ini termasuk pakaian yang dikenakan lebih sopan dan menutup aurat.

Walaupun Azrinaz bertindak berdiam diri selepas perpisahan diketahui umum, namun tindakannya memadam akaun Instagram sejurus selepas putus cinta mungkin juga berkaitan dengan penampilan baru ini. Pun begitu, setakat ini Azrinaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung penampilan terbaru beliau yang tampil berhijab.

Apapun, jika benar Azrinaz sudah mula berhijrah memakai tudung diharap perubahan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga Azrinaz diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam hijrah yang dilakukan ini.

LEAVE A REPLY