Selepas sembilan bulan, instafamous terkenal King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail akhirnya mendedahkan wajah comel anaknya, Putra Kyle Mateen, yang dilahirkan November tahun lalu.

Coco memuat naik wajah putera sulungnya itu menerusi Instagram beberapa jam lalu.

Sambil mengakui pada awalnya dia ragu-ragu untuk mendedahkan wajah anak, ibu muda ini bagaimanapun teruja untuk berkongsi bersama pengikutnya di media sosial.

Malah, Coco turut memaklumkan mengenai perkembangan anaknya kini.

“Bismillahirahmanirrahim, putra kyle mateen say hi!! from 3.65kg to almost 12kg now. yahhh he’s my son . well honestly, kita nak post time umur dia 1yrs tapi x pelah. hehe. alhamdullilah. for this gift allah,” tulisnya.

Coco memberitahu, pada awalnya dia tidak bercadang untuk mendedahkan wajah anak, bimbang andai mengganggu privasi si kecil.

“Sebenarnya saya tidak mahu dedahkan tetapi apabila difikirkan balik mengapa tidak untuk sesekali berkongsi. Jadi saya hanya muat naik.

“Cuma itulah, sebelum tu saya risau juga kalau ia akan ganggu privasi anak, tetapi apa yang berlaku pada depan kita tidak tahu lagi,” kongsinya jujur.

Pada masa sama, Coco turut menambah pada fasa sekarang perkembangan Mateen cukup baik, cuma ada ketikanya dia agak aktif.

“Setakat ini, semua baik-baik sahaja. Alhamdullah dia kian membesar, berat badan makin bertambah dan dia juga cukup aktif. Yelah bayi lelaki kan. Akan tetapi, dia tidak berapa okay dengan persekitaran yang akan bising.

“Apa pun, syukur semuanya berjalan dengan baik, Mateen good boy,” kongsi Coco.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.