Impian pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri, untuk bertemu muka dan berselfie dengan bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya tercapai.

Faiz memuat naik sekeping gambar bersama Ronaldo ke akaun Twitternya, beberapa jam lalu.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah.

BACA: Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas 2016

BACA: Punca Sebenar Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu

Faiz sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berjumpa Ronaldo dalam majlis Anugerah Bola Sepak FIFA The Best 2016.

FIFA kemudiannya retweet status Faiz itu.

Memetik laporan portal Harian Metro, Faiz memberitahu, Ronaldo dan beberapa pemain lain seperti Sergio Ramos dan Manuel Neuer turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain Ronaldo, Faiz juga sempat berselfie bersama Neuer dan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Sebelum itu, Faiz juga sempat bergambar bersama legenda-legenda bola sepak, antaranya Maradona dan Roberto Carlos, ketika makan tengah hari.

Faiz dinobatkan pemenang Anugerah Puskas menerusi jaringannya yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.

LEAVE A REPLY