IPOH – Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Parlimen Bagan Datuk.

Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) itu turut mengumumkan Timbalan Presiden PSSGGM, Leman Kanaullah, 55, bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Menurut Ibrahim, seramai 27 ahli PSSGGM akan bertanding sebagai calon bebas di seluruh negara pada PRU-14, 9 Mei ini.

“Saya bertanding pada PRU-14 sebagai memenuhi permintaan kira-kira 25,000 saudara mara, orang ramai dan anak murid sejak 10 tahun lalu yang mahu saya bertanding di Bagan Datuk dan Hutan Melintang.

“Dahulu saya tolak, tapi kali ini saya tidak mahu hampakan mereka. Kesediaan bertanding ini bukan atas paksaan sesiapa, namun dari naluri saya sendiri kerana ingin menabur bakti kepada rakyat di sini,”katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.