PUTRAJAYA: Dua individu hari ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak

Kedua-dua suspek, seorang pengarah syarikat yang berusia 59 tahun dan seorang peguam berumur 30 tahun, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Rabu dengan berpakaian lokap reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengarahkan kedua-dua individu direman sehingga 2 Julai depan selepas membenarkan permohonan SPRM.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Mereka masing-masing ditahan SPRM pada jam 2.45 petang dan 5.30 petang semalam setelah hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memulakan siasatan dalaman berhubung projek membekal panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos RM1.25 bilion ringgit yang diberikan kepada syarikat berpangkalan di Bintulu.

Pengagihan projek berkenaan didakwa dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara yang meluluskan projek tanpa tender terbuka.

Projek itu dianugerahkan kepada syarikat terbabit dan didakwa melanggar prosedur Kementerian Pendidikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.