KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan waran tangkap ke atas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah memberi masa secukupnya kepada Jamal untuk tampil menyerah diri dan memberikan kerjasama dalam membantu siasatan yang dijalankan ke atas beliau.

“Bagaimananapun, beliau gagal memberi kerjasama dan sebaliknya, mengeluarkan kenyataan yang cuba menggambarkan bahawa keselamatan diri beliau terancam.

“Kita telah memohon untuk mendapatkan waran tangkap terhadap Jamal dan ia telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.