Satu video lucah berdurasi satu minit 27 saat di aplikasi WhatsApp yang disyaki mengandungi rakaman pelajar sekolah di negeri ini, tersebar sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan jika ada pihak membuat laporan polis berkaitan penyebaran video berkenaan.

“Setakat ini pihak kami masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan penyebaran video itu, namun kami akan menjalankan siasatan jika ia terbukti berlaku di negeri ini.

“Kami akan menyiasat adakah ia berlaku secara rela ataupun ada unsur dan elemen pemerkosaan bawah umur memandangkan kesemua pelaku dilihat lengkap berpakaian sekolah.

“Jika terbukti benar, maka ia akan memberi tamparan hebat kepada imej sekolah serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan dua pendekatan bagi menyiasat kes berkenaan iaitu melakukan siasatan secara terbuka berdasarkan fakta yang didapati melalui video dan siasatan terperinci secara tertutup kerana ia membabitkan imej pelajar, sekolah serta jabatan berkenaan.

Video yang tersebar itu memaparkan sekumpulan pelajar lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah di kawasan semak.

LEAVE A REPLY