KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.

“Berdasarkan lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.

Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di sini hari ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.