PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.” Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang tadi.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:

Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu – Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR – Pandan)

MENTERI

BERSATU:

Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:

Menteri Pertahanan: Mohamad bin Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 jam 11.30 pagi di Istana Negara.

Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.