Piala FA: Kafa beri imbuhan RM500,000 kepada pemain | Blog Berita Online

Piala FA: Kafa beri imbuhan RM500,000 kepada pemain

May 20th, 2012 0 Comments Sukan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA malam tadi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.

“Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors.

Baca juga:
Tahniah! Kelantan Juara Piala FA 2012

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post