Peter Butler Sah Tinggalkan The Red Warriors

By | February 28, 2012

http://i1.wp.com/1.bp.blogspot.com/-t2E1QxN4yrc/T0yox-h2IZI/AAAAAAAAAkM/CJ_-bws6jE4/s400/buttler.jpg?w=665

Kafa hari ini bersetuju untuk menamatkan kontrak jurulatih utama, Peter James Butler dengan persetujuan bersama dan sekaligus menamatkan konflik dalaman yang melanda pasukan itu bulan ini. Butler telah direhatkan daripada sebarang aktiviti kejurulatihan bersama pasukan Kelantan selepas perlawanan Piala FA dimana Kelantan menewaskan Sarawak 2-1.

Konflik yang mula tercetus sewaktu Kelantan mengalami kekalahan pertama musim ini ditangan Selangor pada 15 Februari lepas dan mula disiarkan oleh beberapa blog sukan.

Butler bertindak menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap KAFA yang didakwa membuat pertukaran pemain import tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Dia juga dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan wakil kelab yang pernah dibimbingnya pada musim 2006-2008 iaitu Persiba Balik Papan di Jakarta sewaktu tempoh beliau direhatkan daripada KAFA.

Untuk rekod, kali pertama Butler meninggalkan Kelantan pada musim 2009, B.Sathianathan telah mengambil alih jawatan itu dan membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan memenanginya setahun kemudian.

Butler meninggalkan tugasnya pada waktu itu tanpa notis kepada KAFA seminggu sebelum kejohanan Piala Malaysia 2009 dimulakan telah memberikan alasan isterinya sakit tetapi pada waktu yang sama dia menandatangani kontrak dengan Yangon FC sebagai pengarah teknikal.

Peter Butler juga tidak kekal lama dengan sesebuah pasukan dan beliau sebelum ini dia membimbing Sorento FC (1 musim), Sabah (2 musim), Singapore Armed Forces (1 musim), Persiba Balik Papan (2 musim) dan Yangon FC ( 1 musim).

Incoming search terms:

Leave a Reply