Sebuah pesawat tentera Rusia telah dilaporkan hilang dari radar tidak lama selepas ia berlepas dari Sochi, lapor media tempatan Rusia.

Pesawat Tu-154 itu dalam perjalanan dari Latakia di Syria dan membawa 81 penumpang bersama 10 krew, lapor media terbabit.

Beberapa laporan antarabangsa melaporkan, pesawat itu hilang 20 minit selepas berlepas.

Menurut Sputnik News, jurnalis, ahli muzik dari Alexandrov Ensemble, dan askar antara penumpang dalam pesawat terbabit.

LEAVE A REPLY