shamsher-singh-thindSeorang pemimpin akar umbi DAP mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, terutama Lim Kit Siang.

Shamsher Singh Thind, perwakilan cawangan Taman Chai Leng berkata, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai kerana kini bersedia bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya boleh menulis tesis berkenaan sifat dan tahap dakwaan Kit Siang dan pemimpin pembangkang terkemuka lain yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin pada masa lalu.

“Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong mengenai Dr Mahathir dan Muhyiddin, atau beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka, dan rasuah pada masa lalu.

“Apa sahaja pandangan yang dipilih, faktor yang saya mahu buktikan ialah Kit Siang sudah kehilangan kredibilitinya,” katanya dan bertanya jika Lim suatu hari nanti akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak juga untuk menjatuhkan seorang lagi perdana menteri.

“Jika ia boleh diterima bekerja dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib maka saya pasti Kit Siang tidak akan mempunyai masalah bekerjasama dengan Najib untuk menjatuhkan perdana menteri akan datang.”

Beliau juga menyelar PKR dan DAP kerana kurang memberi kerjasama semasa pilihan raya Sarawak yang diadakan awal tahun ini.

“Menurut Fasal 5 Perjanjian Pakatan Harapan, Majlis Presiden diberi kuasa membuat keputusan muktamad untuk membuat keputusan calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan tertentu semasa pilihan raya, sekiranya pihak tidak dapat mencapai persetujuan.

“Bagaimanapun, Majlis Presiden gagal membuat keputusan muktamad dan akibatnya kedua-dua PKR dan DAP bertanding menentang antara satu sama lain di 6 kerusi negeri pada pilihan raya Sarawak.

“Jika pemimpin Pakatan tidak dapat membuat keputusan mudah, yang dalam bidang kuasa mereka, maka apa yang boleh mereka lakukan untuk Malaysia?”

Dalam persidangan perwakilan tahunan DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher mempersoalkan pemimpin DAP mengenai kerjasama mereka dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Beliau juga memetik cerita dongeng Aesop “Petani dan ular”, tentang petani digigit ular yang dibantunya. Shamsher kemudian menyamakan ular itu dengan Dr Mahathir.

“Respons yang saya dapat adalah dalam bentuk soalan pelik. Saya ditanya jika Kit Siang, yang begitu banyak menderita di tangan Dr Mahathir, bersedia mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk kebaikan negara, jadi apa masalah saya?

“Saya terperanjat mendengar soalan ini. Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi mengapa saya perlu bersusah payah?

“Begitu juga, Najib tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa perlu saya juga bersusah payah?”

LEAVE A REPLY