Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Majlis Amanah Rakyat dalam portal rasminya telah menerbitkan iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2014 semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Permohonan ini adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2013 dan mendapat keputusan cemerlang.

Sebagai makluman pemohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka setelah keputusan UPSR diumumkan secara rasmi beberapa hari sahaja lagi dalam bulan November ini.

Prosedur dan syarat umum permohonan

Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi

Adalah yang penting, sila bawa salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR yang disahkan semasa mendapatkan kata laluan

Manakala untuk syarat-syarat kemasukan, klik pada pautan (link) SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Iklan permohonan

Sila klik judul pautan yang disertakan dibawah bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan

Iklan bagi pelajar di Semenanjung Malaysia

Iklan bagi pelajar di Sabah dan Sarawak

Cara memohon melalui online

Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian, untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online

klik pada capaian http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp untuk tujuan tersebut

* Sistem aplikasi permohonan online akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan*

Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 27 November 2013
  • Tarikh akhir mencetak borang dan dokumen berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut

(Permohonan Ke Tingkatan 1 2014)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.