Permohonan Kemasukan Ke SBP 2014 Online

Permohonan Kemasukan Ke SBP 2014 Online

Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://www.moe.gov.my

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.

Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain

Tarikh Tutup Permohonan

15 Oktober 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.