KUALA LUMPUR – Sama seperti filem pecah panggung Hollywood yang lain, kali ini Munafik 2 pula diberi slot tayangan banyak oleh pawagam tempatan.

Sebanyak 31 slot tersedia di panggung wayang GSC Alamanda Putrajaya dengan selisih masa tayangan hanya 15 minit.

Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon utama filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya Karin menerusi akaun Instagramnya.

Sejak ditayangkan, Munafik 2 telah meraih kutipan tiket sebanyak RM2.05 juta, sekaligus menjadikan filem berkenaan sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada hari pengenalan.

Sebelum ini, filem Hantu Kak Limah yang berjaya mengutip RM32.5 juta juga turut diberi slot tayangan serupa.

Selain Maya, Munafik 2 turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan dan Fizz Fairuz. – K! ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.