Bajet 2013: Permata Rosmah dapat RM111 juta, subsidi RM116 juta ditarik | Blog Berita Online

Bajet 2013: Permata Rosmah dapat RM111 juta, subsidi RM116 juta ditarik

October 1st, 2012 0 Comments Dalam Negeri, Politik

Seperti tidak logik apabila PM mengumumkan bajet 2013 sebanyak RM 111 juta untuk persatuan yang dinaungi Datin Rosmah. Manakala subsidi kerajaan sebanyak RM 116 juta pula ditarik.

Kerajaan Pas mempersoalkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melupuskan subsidi harga gula RM116 juta, sedangkan dalam masa yang sama memberikan peruntukan sebanyak RM111 juta kepada Permata yang dinaungi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Nampak seperti permainan politik untuk kroni melihat tindakan PM memberikan bajet yang banyak kepada persatuan yang baru wujud beberapa tahun dan masih belum mempunyai modul yang lengkap dan berpengalaman.

“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” ujar Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut Idris Ahmad lagi, tindakan pihak kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan BN.

“Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen),” tambah Idris lagi.

Keputusan kerajaan menaikkan harga gula kononnya untuk menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun, dengan membandingkan harga gula di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina merupakan alasan dangkal dan bias kerana dana itu nampak seolah-olah disuntik untuk Permata yang dinaungi Rosmah Mansur dan berbaur politik.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg