Penyokong Pakatan Harapan (PH) mendesak supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera ke atas penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang lebih popular dengan panggilan UAI.

Ia berikutan rakaman video ceramah UAI mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tersebar di media sosial baru-baru ini dilihat seolah-olah mengkritik kerajaan ‘Malaysia Baru’.

Seorang penyokong PH yang menggunakan akaun Facebook Harath Omar berkata, orang ramai yang menyokong PH wajar membuat laporan polis ke atas UAI bagi memberi pengajaran kepada penceramah agama itu.

“Mungkin ramai-ramai kita buat laporan polis dan minta menteri agama saman UAI. Kasi ajar sama ini syeikh,” katanya di Facebook

Pemilik akaun Facebook Ihsan Ahmad berkata, kerajaan PH perlu bertegas dan tidak terlalu memberi muka kepada penceramah agama tersebut.

Penyokong PH menggunakan akaun Facebok Azhar Jusoh pula berkata, orang ramai tidak sesuai mendapatkan ilmu agama daripada UAI yang dianggapnya sebagai lebai.

Pemilik akaun Facebook Gaban Ruz pula menegaskan, UAI menjelaskan tentang bab hukum Islam tanpa menggunakan rujukan yang sahih.

“Main bedal je jawapannya tanpa ada rujukan yg sahih. Malaysia dah ada Dr.Maza n the geng. Elok rujuk ulama-ulama yang lebih alim dalam bidang agama,” katanya.

UAI dalam ceramahnya menjelaskan kemungkaran yang sedang dicuba diangkat di Malaysia termasuk LGBT sekarang ini disebabkan kesilapan umat Islam yang mengundi dalam PRU-14 pada 9 Mei lalu.

Malah, penceramah agama itu turut menegaskan perkara-perkara dilaknati Allah SWT yang sedang dijulang di negara ini adalah balasan terhadap umat Islam kerana memberi sokongan yang tidak sepatutnya pada PRU-14.

Beliau berkata demikian selepas disoal oleh seorang peserta ceramahnya mengenai hukum menteri “Malaysia Baharu” yang menyokong golongan LGBT secara terang-terangan. – MYNEWSHUB.TV

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.