Viral

Penuntut hampir dirogol ketika haid, pihak universiti mahu tutup kes

By Faizul Lazim

August 14, 2018

Keselamatan para pelajar seharusnya menjadi perkara paling penting bagi sesebuah universiti. Ibu-bapa menghantar anak mereka dengan harapan keselamatan dan masa depan mereka terjamin.

Namun, kejadian yang berlaku di sebuah universiti tempatan di Sabah baru-baru ini sememangnya tidak dijangkakan apabila seorang pelajar hampir dirogol oleh pengawai keselamatan. Perkara ini dikongsi oleh seorang warga Twitter bernama Anis.

Menurut Anis, mangsa merupakan adiknya sendiri yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Anis, pegawai keselamatan yang dikatakan bertugas menjaga kolej perempuan mengambil kesempatan untuk melepaskan hawa nafsunya.

Namun begitu ada pihak di dalam pengurusan UMS ingin menutup cerita ini demi menjaga nama baik universiti.

Allahu, sedihnya baca! Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa trauma dan tidak boleh duduk di tempat yang gelap.

Bukan itu sahaja, mangsa juga ditumbuk dan dicekik sampai pengsan. Manusia ke binatang yang sanggup buat perkara macam ni?

Dah ada dua anak pun tak boleh kawal nafsu ke? Pergilah dekat isteri tu, kenapa nak buat benda yang tidak berperikemanusiaan macam ni? Kalau pegawai sendiri tak dapat nak jaga nafsu, siapa yang nak jaga kebajikan dan keselamatan pelajar lepas ni?

Menurut Anis, tertuduh adalah adik kepada pegawai Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, dan cerita ini hendak ditutup segera demi menjaga baik nama universiti.

Betul ke terlepas? Jangan risau, tertuduh dah pun ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Lihat dibawah:

Tertuduh didakwa menanggalkan baju mangsa secara paksa dan memukul mangsa sehingga lebam serta cubaan merogol secara kejam. Mangsa juga dikatakan sedang haid ketika kejadian itu berlaku.

Dia dibenarkan untuk diikat jamin dengan jumlah RM5,000 dan cubaan untuk menutup kes ini secepat mungkin telah dibantah oleh orang ramai.

Alumni UMS yang bernama Mukmin ini tegas bersuara bahawa mereka akan melawan tindakan universiti itu dalam cubaan menutup cerita tersebut.

Beberapa netizen lain kini sedang cuba untuk menghubungi Menteri Pendidikan dan Menteri Belia dan Sukan bagi menyampaikan isu ini. Kebanyakan mereka cuba untuk tag menteri-menteri tersebut di laman sosial mereka.

Apa pun semoga pihak keluarga bersabar dan keadilan dapat dicapai untuk mangsa yang teraniaya.