Seorang pemandu Grab meluahkan rasa kecewa apabila tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya dengan syarikat itu gara-gara menerima aduan daripada seorang penumpang.

Dalam kejadian itu, pemandu yang menggunakan nama Frank Ocean menceritakan dia menjemput seorang penumpang dari Kolej Kinabalu, Universiti Malaya yang mahu dihantar ke satu destinasi.

Walaupun terpaksa menunggu selama tujuh minit, pemandu itu tanpa banyak soal membawa penumpangnya seperti biasa.

Keesokannya, dia menerima panggilan daripada staf khidmat pelanggan Grab mengatakan mereka menerima aduan mengenai trip terbabit.

Penumpang itu mendakwa lelaki itu memandu dengan cuai lalu khidmatnya diharamkan serta-merta.

Ekoran kejadian itu, netizen menggesa pihak Grab supaya menyiasat setiap aduan terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya menggantung perkhidmatan pemandu hanya kerana satu laporan penumpang.

Grab Malaysia bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes yang didakwa ini. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan tindakan sedemikian diambil terhadap pemandu itu oleh Grab bagi memastikan keselesaan penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here