Tular di media sosial mengenai penamatan kontrak 17,000 penjawat awam lantikan politik yang berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan.

Situasi itu menimbulkan rasa simpati terhadap nasib penjawat-penjawat awam tersebut dan tidak kurang pula ada yang membuat spekulasi bahawa ianya bermotifkan politik semata-mata berikutan kekalahan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 baru-baru ini.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, seorang lelaki yang juga merupakan seorang penjawat awam telah tampil membuat penjelasan berhubung punca sebenar penamatan kontrak tersebut.

Menjawab isu viral mengenai penamatan kontrak kerja pekerja sektor kerajaan

1. Orang Putrajaya geleng kepala dan gelak saja kalau terbaca isu ini di media sosial mengenai orang up pasal staff government diberhentikan kerja ni. Yang tukang up pun takda kaitan dengan kerja government dan tiada pun kat situ menghadapi situasi tersebut. Lain kali tanya ye sayang

2. Ni nak kasi cerah dan hadam. Dalam pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain memang akan ada staff yang sebelum ini dilantik oleh YB sendiri or pinjam kakitangan tetap di kementerian tu. Yang dilantik sendiri kebanyakan dari saudara, rakan rakan or penyokong kuat parti dari pejabat parlimen or negeri YB tersebut. Senang ceritanya masuk government guna kabel, bukan melalui saluran sah yang susah seperti SPA & JPA sebagainya. Antara Contoh jawatannya seperti

  • Setiausaha Sulit Kanan (SUSK),
  • Setiausaha Sulit (SUS),
  • Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK),
  • Setiusaha Politik (SUPOL),
  • Setiusaha Akhbar (SUA),
  • dan beberapa Pegawai Khas (PK) sehinggalah ke jawatan gred paling rendah iaitu pemandu.

Ada yang lantikan kontrak ni, terus je dapat gaji & gred 41, 44, 48, 52. Sedangkan kalau kakitangan tetap pun bertahun nak dapat gred-gred tu. Sebelum PRU memang mereka dah sedia maklum dan siap kemas-kemas barang sebab kalau YB mereka :

  1. Menang : (Kalau kekal jadi Menteri di tempat yang sama, diorang stay la)
  2. Menang : (Tapi dapat jadi Menteri di Kementerian lain, diorang follow YB tu ke Kementerian lain tu)
  3. Kalah : (tamat la kontrak diorang dan bagi YB lain pulak masuk ke pejabat tu dengan bawa staff lantikan kontrak yang YB tu nak sendiri)

Mana-mana YB pun mesti ade pengikut-pengikut mereka untuk dibawa, tak kisah la parti mana, even kalau sesama parti pun diorang akan bawa staff yang mereka selesa ikut diorang ke mana. Tapi mana yang pandai tu, time kerja dengan YB tu, jilat jilat sikit boleh la dapat sokongan dan apply dan recce-recce agensi-agensi Kementerian untuk apply kerja tetap.

3. Benda ni jarang berlaku sebab tampuk pemerintahan sebelumnya bertahan selama 60 tahun, so bila peralihan kuasa berlaku, mana-mana penjawat awam kontrak masuk melalui kabel YB memang automatik juga tamat. Sebab mereka masuk government untuk melancarkan urusan politik YB. Macam kat JPM pula, memang wujud banyak unit khas untuk jalankan kerja-kerja, projek dan misi under Perdana Menteri yang memerintah. So unit ni yang paling banyak terjejas dan diviralkan. Bapa mertua saya salah seorang yang kerja bahagian Biro Tatanegara di JPM dan beliau kontrak, lantikan dari orang politik, so memang ini yang berlaku ye. Masih kurang jelas? Atau korang yang kat luar sana nak buat piket beramai ramai untuk perkara ni? Dato Seri Najib tu orang politik , Tun Dr Mahathir tu pun orang politik. Kalau korang mohon masuk melalui kabel ni dan jawatan kontrak pulak tu walaupun pangkat tinggi tapi tak guna juga, sebab setiap 5 tahun selepas mengundi, pekerja status sebegini memang dah kena ready untuk sebarang kemungkinan..\

4. Lagi satu, staff kontrak dapat KUARTERS? Kalau betullah, boleh tak bagi nama tu, nak juga check kt BPH sebab kuartes untuk kakitangan tetap sahaja, kalau betul staff kontrak ada yang dapat mungkin dari saluran yang tak betul dan boleh minta BPH claim balik pembayaran kuarters ikut harga semasa rumah di sekitar Putrajaya iaitu RM1500 sebulan dan bukan RM300++ yang kakitangan tetap bayar. Even kawan-kawan saya yang tetap di Putrajaya nak dapat kuarters pun queue smpai bertahun-tahun

5. Berkaitan dengan isu penswastaan pula, benda ni bagus dan ada juga yang orang cakap tak bagus. Yang tak bagusnya jika staff tu sendiri dah cukup selesa dengan gaya kerja sambil lewanya. Semua orang tahu jabatan banyak karenah dalam urusan, so mana yang memang perlu tu akan diswastakan, jangan cakap zaman Dato Seri Najib tak wujud perkara ni pula. Contohnya macam di MOF tu sendiri, bahagian Pinjaman Perumahan telah diswastakan. Contoh agensi kerajaan yang lain yang memang telah swasta adalah seperti LHDN, TELEKOM, KWSP dan sebagainya. Ini adalah untuk meningkatkan mutu kerja dan urusan yang lebih berkualiti untuk rakyat. Kalau masih suka dengan urusan banyak karenah, korang piketlah ramai-ramai kasi bahagian tu governmsnt balik, tapi jangan merungut pula cakap urusan slow. Saya kasi contoh yang mudah sikit supaya sel-sel otak berhubung, antara RTM dan TV3 mana yang korang suka tengok? Lu pikirlah sendiri

Sekian, harap maklum

NOTA KAKI: Saya bukan suara PH, BN atau PAS. Saya penjawat awam berstatus jawatan tetap berpencen, menetap di Kuarters Putrajaya dan bekerja juga di salah satu Kementerian yang ada di sini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.