Penipu Macau kaut RM10 bilion | Blog Berita Online

Penipu Macau kaut RM10 bilion

January 7th, 2012 0 Comments Dalam Negeri, Jenayah

Anggota sindiket yang ditahan dalam serbuan di Lorong Kinta, Georgetown.

Modus operasi mereka adalah menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai bank. Anggota sindiket itu kemudian menghubungi mangsa di China kononnya akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh dan wang dalam akaun akan dicuri jika tidak dipindahkan ke dalam akaun lain.

Akibat bimbang wang mereka hilang begitu saja, mangsa mengikut arahan memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga yang sebenarnya dimiliki anggota sindiket penipuan itu.

Dalam masa sebulan, sindiket yang dikenali sebagai Penipu Macau kerana diketuai seorang warga Taiwan dan dianggotai warga China serta rakyat tempatan itu menipu ramai mangsa yang menyebabkan mereka kerugian sehingga RM10 bilion sejak beroperasi dari dua lokasi di Pulau Pinang.

Namun, kegiatan mereka ditumpaskan dalam dua serbuan berasingan di Lorong Kinta dan Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong oleh pasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Pulau Pinang jam 10 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata dalam serbuan itu, polis menahan 32 warga asing berusia 18 hingga 40 tahun terdiri daripada 16 wanita dan 16 lelaki serta lima warga tempatan, iaitu dua wanita dan tiga lelaki.

“Modus operandi mereka dengan membuat panggilan kepada mangsa secara rambang dan memberitahu kononnya menghadapi masalah bank atau kad kredit.

“Setiap ahli sindiket dipercayai memberi satu nombor telefon kepada mangsa kononnya sebagai wakil bank dan mereka akan meminta mangsa melakukan transaksi pemindahan wang,” katanya di lokasi serbuan di Lorong Kinta, Georgetown.

Beliau berkata, lokasi berkenaan dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan komunikasi, termasuk komputer riba, modem, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit.

“Kami sedang mengesan dalang sebenar sindiket itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun atau tidak melebihi 10 tahun atau sebatan atau denda,” katanya.

Seorang siswazah Universiti Shanghai yang ditipu menyertai sindiket itu berkata dia hanya menyedari diperdaya selepas bekerja dengan mereka.

Menurut mangsa, tugasnya hanya menjawab panggilan telefon setiap hari mengikut skrip yang disediakan sindiket itu dan bekerja dari 7 pagi hingga 7 malam tanpa dibenarkan keluar serta belum menerima gaji.

“Saya diperkenalkan menerusi seorang kawan untuk bekerja dengan tawaran gaji lumayan sebagai penyambut tetamu serta disediakan tempat tinggal.

“Bagaimanapun, selepas menyertai mereka, saya tidak boleh berhenti dan pulang kerana pasport disimpan sindiket itu,” kata wanita berusia 24 tahun dari Xiamen, China itu.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg