Pengawal Keselamatan HKL maut dada tertusuk besi

By | October 6, 2011

Seorang pengawal keselamatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, kelmarin dengan dadanya tertusuk besi hentian bas. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa, Mohd Yusof Mat Isa, 52, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa tercampak ke arah besi penghadang sebuah hentian bas.

“Akibat kemalangan itu, dada mangsa ditembusi besi menyebabkan mayatnya tergantung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

kemalangan itu mengakibatkan laluan ke arah Selayang mengalami kesesakan lalu-lintas sejauh kira-kira tiga kilometer.

Incoming search terms:

Leave a Reply