Pengasas Mydin, Mydin bin Mohamed, meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 5.06 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Dato’ Hj Ameer Ali Mydin, menerusi laman Facebook Mydin Malaysia sebentar tadi.

Menurut beliau, Allahyarham meninggal kerana sakit tua.

“Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Bhd, Tuan Mydin bin Mohamed kembali kerahmatullah hari ini, 1 Ogos 2016, pukul 5.06 petang. “

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukminin. Al-Fatihah…”, tulis beliau

LEAVE A REPLY