Penonton yang sedang menonton rancangan bual bicara bola sepak Mexico telah dikejutkan dengan telatah salah seorang pengacaranya yang tanpa segan silu menyelak gaun yang dipakainya untuk menunjukkan tatu di pinggangnya.

Tindakan Claudia Guajardo itu turut mengejutkan dua lagi rakan pengacara rancangan Las Noches Del Futbol (Malam, Bola Sepak).

Salah seorang daripada pengacara lelaki itu menutup muka manakala seorang lagi pengacara perempuan menjerit `hentikan, hentikan’ ketika Claudia mahu menunjukkan tatu itu dengan lebih jelas kepada mereka.

Bagaimanapun aksi Claudia itu diterima ramai hinggakan program tersebut menyiarkan semula aksi tersebut dalam bentuk perlahan.

Claudia kemudiannya memuatnaik gambar tersebut dalam Instagramnya yang mempunyai 119,000 pengikut dan dia turut mendapat pujian daripada mereka.

Aksi Claudia itu telah disamakan dengan salah seorang gadis pembaca laporan cuaca, Yanet Garcia yang sering menyebabkan orang ramai terpaku apabila menyaksikan dia memakai pakaian menjolok mata ketika keudara secara langsung.

Ia juga menyebabkan portal hiburan TMZ dan Playboy menamakan Yanet sebagai `gadis cuaca paling hot’ dan disifatkan sebagai gadis yang mampu menyebabkan penonton menunggu bagi menyaksikan laporan cuaca.

LEAVE A REPLY